top of page

PeranProduction

Home: Welcome

LASKAR PERAN

_DSC1832.jpg
_DSC2537.jpg

LATAR BELAKANG

Ditubuhkan pada 5 Mac 2021 selaras dengan pengumuman kemenangan Tempat Ke-3 dalam Pertandingan Teater Ekspresi 10 Minit Peringkat Kebangsaan, anjuran Kota Seni Shah Alam. Naskah yang dibawa ketika itu ialah Naskah Longkang, karya Peran Production dan arahan Musza Shah. 

OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Menyemai kesenian dan kebudayaan setempat bagi memelihara kesenian tersebut daripada terus dimamah zaman.
2. Menjadi diantara penggerak Teater Indie disekitar Nusantara.
3. Mengekspresiasi penggunaan alam semulajadi (Environment Theater) sebagai wadah produk pementasan.

Visi:

Menjadi yang gemilang dalam kelompok laskar kecemerlangan kesenian dan kebudayaan.

Misi:

Mendekatkan masyarakat dengan perihal seni dan budaya agar tampak seiring dengan kemajuan negara.

Home: Background

Pensyarah dan Penerbit

256559118_1786303138229993_7114268074946378702_n-removebg-preview_edited_edited_edited_edited.png

DR. LENA FARIDA BINTI HUSSAIN CHIN

Asslamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Teater) dan ahli Peran Production dalam melaksanakan Projek Persembahan Akhir (PENTAS’22). Saya berharap pementasan Teater Eksperimental Asik ini mampu memberikan pengalaman dan pengajaran yang dapat dimanfaatkan sebagai persediaan kepada pelajar untuk melangkah ke dunia industri kreatif yang sebenar. Banyak perkara yang dipelajari daripada proses amali penerbitan produksi teater yang sebenar khususnya dalam perkara pengurusan dan pelaksanaan sesebuah projek. Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada yang pelajar dan kakitangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu dan menjayakan Projek Persembahan Akhir (PENTAS’22). Ucapan terima kasih juga ingin saya dedikasikan kepada para pensyarah Fakulti Muzik dan Seni Persembahan yang sekian lama gigih dan sabar mendidik anak-anak bangsa dengan mencurahkan ilmu serta pengalaman yang tidak ternilai dalam membentuk modal insan yang holistik. Semoga didikan yang cemerlang itu akan memberikan hasil pulangan yang mampu membangkitkan kecemerlangan industri seni kreatif negara kelak. Syabas semua! Sekian, terima kasih.

DR PATRICIA ANNE HARDWICK

Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar yang terlibat di dalam Projek Persembahan Akhir 2022 (PENTAS’22) kerana berjaya melaksanakan projek persembahan akhir ini dengan jayanya melalui Produksi Peran Production. Persembahan Akhir tahun yang dibawakan khas daripada Peran Production ini telah memilih sebuah karya hebat untuk dipersembahkan iaitu teater ASIK adaptasi daripada manuskrip Nai Mai Mang Makkah. Projek Persembahan Akhir ini merupakan kursus yang menuntut para pelajar dalam merancang, menyelaraskan dan mengendalikan penerbitan persembahan teater. Di samping itu, para pelajar juga dibimbing untuk mengurus pementasan membabitkan pratik proses penciptaan konsep dan pengurusan organisasi, pengarahan, lakonan dan sinografi bermula daripada proses pra sehingga pasca produksi. Saya yakin kesemua pelajar telah mempraktikkan amalan kerja produksi yang telah dipelajari selama belajar di UPSI. Akhir kata, saya berharap agar pelajar mampu memanfaatkan setiap ruang dan peluang yang tersedia dalam bidang ini melalui pengalaman tersebut. Selamat maju jaya buat semua. Sekian, terima kasih.

patricia-a-hardwick-removebg-preview_edited.png
Home: News & Updates

BIODATA AHLI PRODUKSI

Home: Biodata
_DSC1460.jpg

NABILAH HARAPAN

Nabilah Nurfathirah binti Harapan, Beliau dilahirkan di Hospital Kota Belud, Sabah pada 31 Julai 1999. Kini beliau menetap di Kota Belud Sabah. Ibunya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan bapanya sudah tidak bekerja. Beliau merupakan anak bongsu daripada 11 orang adik beradik. Beliau menghabiskan pengajian dari STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi 1 dan kini melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan bercita-cita ingin menjadi seorang pendidik pada awalnya. Namun mendapat rezeki untuk menimba ilmu baharu dalam bidang teater meskipun sebelum ini tidak memiliki asas dalam seni persembahan. Beliau pernah terlibat dengan produksi Mango Production (2019) dengan menjadi pelakon dan memegang watak sebagai Salmah.

Home: Portfolio

ASIK

AKAN DATANG

WhatsApp Image 2022-04-07 at 11.04.58 PM.jpeg

TEATER EXPERIMENTAL MELAYU "ASIK"

30 JUN 2022

Panggung Budaya, FMSP UPSI

TEATER EXPERIMENTAL MELAYU "ASIK"

12&13 JULY 2022
YOUTUBE RASMI : PERANPRODUCTION

WhatsApp Image 2022-04-07 at 11.04.58 PM.jpeg
Home: Performances
Poster Peran PDF-1.jpg

Mengisahkan tentang cinta yang tak kesampaian antara Putera Campa dengan Puteri Kelantan. Puteri Kelantan  sangat mentaati agama dan mendapat izin ayahnya untuk merantau demi menyebarkan syiar Islam. Putera Campa pula seorang putera yang  memikul tanggungjawab demi rakyat kerana tanah air yang ditakluk sedang bergelojak.

    Putera Campa yang mabuk cinta, terpaksa memilih antara cinta dengan rakyat dan perjuangannya terhadap bangsa dan tanah air kerana berbeza fahaman agama. Cinta menunjukkan kelemahannya sebagai seorang lelaki yang mudah dipermainkan nafsu sehingga hilang pertimbangan untuk memilih kebenaran

"ASIK" NAI MAI MANG MAKKAH

Home: Quote

TEASER "ASIK" (NAI MAII MANG MAKKAH)

Home: Video

NAI MAI MANG MAKKAH "ASIK"

  • TEATER EXPERIMENTAL MELAYU "ASIK" (ONLINE)
    TEATER EXPERIMENTAL MELAYU "ASIK" (ONLINE)
    Fri, 12 Jul
    YOUTUBE
    12 Jul 2024, 8:00 pm MYT – 13 Jul 2024, 12:00 am MYT
    YOUTUBE
    12 Jul 2024, 8:00 pm MYT – 13 Jul 2024, 12:00 am MYT
    YOUTUBE
    JANGAN LUPA SAKSIKAN!!!
    Share
  • TEATER EXPERIMENTAL MELAYU "ASIK"
    TEATER EXPERIMENTAL MELAYU "ASIK"
    Thu, 30 Jun
    Tanjong Malim
    30 Jun 2022, 8:30 pm – 10:30 pm MYT
    Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
    30 Jun 2022, 8:30 pm – 10:30 pm MYT
    Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
    JANGAN LUPA SAKSIKAN!!!
    Share
Home: Events List
Home: Pro Gallery
_DSC2537_edited.jpg
Home: Quote

Contact Us/ Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian berikut :

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

010-8921032 @ 016-9265717-najmuddin/ 013-2282067 -Ebby Azra

Thanks for submitting!

Home: Contact
bottom of page